Monday, October 27, 2008

8 Petanda Si Dia Jodoh Kamu

PETANDA 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama- sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain.Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut?Jika ya, selamat… kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

PETANDA 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu.Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya?Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat- buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

PETANDA 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu.Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu…

PETANDA 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan…Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

PETANDA 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosikamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya…

PETANDA 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu- malu menceritakan masa lalunya… Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

PETANDA 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil ‘buruk’ di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari.Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya… Nah!Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

PETANDA 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!
Apakah kelapan-lapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?

10 fakta tentang WANITA

1) Cinta bermaksud kesetiaan, ambilberat, jujur dan kebahagiaan tanpasebarang kompromi.
2) Sekiranya sorang wanita jatuhcinta dengan sorang lelaki,lelaki ituakan sentiasa ada di fikirannya walaupunketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
3) Jika kamu tidak suka dengan gadisyang sukakan kamu separuh mati, tolakcintanya dengan lembut,jangan berkasarsebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila diadah buat keputusan, dia akan lakukan apasaja.
4) Wanita suka meluahkan apa yangmereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dantulisan adalah cara termudah merekameluahkan isi hati mereka.
5) Sekuntum senyuman memberi seribuerti bagi wanita.Jadi jangan senyumsebarangan.
6) Jangan sesekali mengagak apayang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
7) Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudahcukup menceriakan harinya.
8) Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
9) Jika kamu menyukai sorangwanita,cubalah mulakan denganpersahabatan.Kemudian biarkan diamengenalimu dengan lebih mendalam.
10) Senjata wanita bukanlah airmata semata2!!

Percayalah, Orang Yang Bahagia Itu Akan Selalu.....

Orang yang bahagia itu akan selalu.......
Menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah. .....
Menyediakan waktu untuk tertawa kerana tertawa itu muzik jiwa. .....
Menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan. .....
Menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan. .....
Menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuatkan muda selalu......
Dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu adalah ibu segala ketenangan jiwa…

Rahsia Rasa Hati

Sekeping hati
Mampu mengungkap sejuta rasa
Mampu menyimpan sejuta rahsia
Hati merasa insan gembira
Hati terasa insan terseksa
Kerana hati jiwa merana

Rasa hati
Perlukah kita memendam rasa
Patutkah rasa menjadi rahsia
Wajarkah wajah memancarkan rasa
Wajarkah mata membiaskan rahsia

Rahsia hati
Relakah kita meluahkannya
Untuk berkongsi suka dan duka
Atau tegakah kita membiarkan rasa
Berterusan menjadi rahsia?